Abstract
Seni Gayung Fatani berasal daripada Silat Melayu yang digunakan semasa peperangan zaman dahulu. Silat ini telah dibangunkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) sejak tahun 1976 oleh pengasas utamanya iaitu Allahyarham Tuan GM Haji Anuar Abdul Wahab. Pertubuhan ini berjaya mengekalkan Silat Melayu supaya terus berkembang dalam masyarakat di dalam dan juga luar negara. Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji silat yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan sejarah penubuhan PSGFM dan latar belakang tokoh-tokoh penting yang terlibat. Seterusnya, untuk merungkaikan cabaran yang dihadapi oleh PSGFM sepanjang penubuhannya serta cara isu tersebut diatasi daripada terus berkembang. Kajian ini telah dijalankan dalam bentuk temubual melalui dua kaedah iaitu secara bersemuka dan atas talian. Tokoh utama yang ditemubual adalah Tuan Hazim Samsudin yang merupakan jurulatih silat PSGFM. Tokoh kedua yang ditemubual adalah Profesor Madya GM Pro Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan jurulatih silat selama 23 tahun. Beliau juga merupakan seorang pengkaji silat. Hasil temubual bersama tokoh-tokoh ini telah berhasil menjawab objektif kajian ini. Kepentingan Silat Seni Gayung Fatani ini bukan sahaja untuk mempertahankan diri apabila bertempur dengan musuh tetapi juga adalah untuk mendisiplinkan diri pesilat supaya dapat berfikir dengan bijak dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Halim, Nur Nitisya nnitisyaa@gmail.com Aznan, Nur Aisyah Yumni aisyahyumni09@gmail.com Mohd Shoid, Mohd Shamsul shamsulshoid@uitm.edu.my Md Jali, Jafalizan jafalizan@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM) |
| ISSN: | 29763967 |
| Volume: | 3 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 33-44 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Malaysia, Martial arts, Silat (Martial art) |
| Date: | 11 March 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126502 |
