Abstract
Kajian ini adalah berasaskan kepada temubual bersama artis legenda tanah air Yantzen bin Juniwan. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki berasal dari Singapura. Beliau terkenal sebagai mantan vokalis kumpulan rock Rusty Blade pada akhir 80-an. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kerjaya beliau yang sudah hampir menjangkau 40 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air. Beliau merupakan mantan vokalis kumpulan May dan pernah beberapa kali mengeluarkan album solo di era 90an. Beliau juga pemah membuka sebuah kedai jualan kaset di Joo Chiat Complex (Singapura). Pada tahun 2020 Yantzen adalah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh, sebuah rancangan televisyen realiti muzik Malaysia terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian. Temubual ini juga menyentuh serba sedikit tentang latar belakang beliau serta pengalaman beliau dalam bidang perniagaan. Selain itu, temubual ini juga memaparkan pandangan peribadi beliau mengenai industri seni di negara kita dan perbezaan artis- artis semasa era beliau dan masa kini. Cadangan dan harapan beliau tentang industri seni warisan tanah air juga turut dikupas.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Arifin, Noor Arina arina848@uitm.edu.my Alias, Noor Rahmawati rahmawati@uitm.edu.my Sharudin, Shahira Sarmila shahiraofficial99@gmail.com Ungku Abdul Halim, Ungku Nur Aqilah Hidayah ungkuaqilah99@gmail.com |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Popular music |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM) |
| ISSN: | 29763967 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 4 |
| Page Range: | pp. 15-25 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Biography, Rock musicians, Malaysia |
| Date: | 22 October 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126234 |
