Abstract
Artikel ini berdasarkan sumber daripada kajian penulis tehadap tokoh sejarah lisan yang dijalankan bersama pelakon dan pelawak veteran yang terkenal di Malaysia pada era 80an iaitu Muhammad Yunus bin Abdul Rashid yang lebih dikenali sebagai Ebby Yus dan sesi temubual ini dilakukan adalah untuk mengetahui pengalaman beliau dalam industri lakonan di Malaysia. Artikel ini menceritakan tentang pengalaman beliau sebagai pelakon dan pelawak veteran. Selain itu, artikel ini merangkumi kisah latar belakang pendidikan dan juga perkembangan beliau di dalam kerjaya sebagai seorang pelakon dan pelawak di Malaysia. Beliau sangat berpengalaman dalam bidang industri seni ini selama lebih tiga puluh lima tahun. Pengalaman dan sumbangan terhadap kerjaya beliau amatlah berharga dan berharap perkongsian tersebut dapat membangkitkan semangat generasi muda masa kini dalam menceburi minat dalam bidang lakonan dan hiburan di Malaysia.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Nurulannisa annisa@uitm.edu.my Md Arifin, Noor Arina arina848@uitm.edu.my Rosslee, Alisa Qistina lisyarosslee@gmail.com Ismail, Nurul Farihah nurulfarihah.ismail@gmail.com Rosnan, Nurul Nabilah Najwa nabilahrosnan@gmail.com |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM) |
| ISSN: | 29763967 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 4 |
| Page Range: | pp. 8-14 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Comedians, Malaysia, Performing arts |
| Date: | 22 October 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126233 |
