Abstract
Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-102 menyaksikan seramai lebih 1,900 graduan diraikan dalam sidang 17 dan 18 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, dalam ucapannya menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan dari UiTM Cawangan Terengganu, Shah Alam dan Selangor. “Setinggi-tinggi tahniah kepada anak-anak yang dikasihi. Kejayaan ini lahir daripada pengorbanan, ketekunan, dan doa yang tidak pernah putus daripada ibu bapa serta bimbingan para pensyarah”, ucapnya. Menurut beliau, UiTM terus komited melahirkan graduan yang berkualiti tinggi melalui pelbagai usaha strategik. Antara inisiatif utama yang dijalankan adalah kerjasama bersama Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) serta hubungan antarabangsa dengan universiti di Vietnam, Indonesia, Jepun dan Korea. Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar yang mendapat kejayaan kejayaan dalam peperiksaan ACCA yang mendapat pengiktirafan di peringkat dunia.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaini, Zaidatul Insyirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Graduan |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126211 |
