Dari “ketua kelas” ke pemegang ijazah

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Dari “ketua kelas” ke pemegang ijazah. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

“Bangun, Selamat Pagi Cikgu!” ayat ini tidak asing bagi masyarakat secara umumnya. Itu adalah rangkap ayat yang terkenal disebabkan Ehsan, watak dari cerita Upin Ipin. Pelakon suaranya, Muhammad Fareez Daniel Sharabuddin, berjaya menamatkan pengajiannya di atas komitmen luar biasa untuk jurusan pengiklanan (advertising) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-102. Bagi Muhammad Fareez keputusannya untuk menyambung pelajaran walaupun sudah memiliki karier yang stabil, menjelaskan pendidikan itu adalah keutamaan hakiki seseorang. “Bagi saya pelajaran sangat penting. Macam mana sekalipun kita, kita kena belajar. Sebab ilmu tu sangat-sangat pentinglah,” ujar beliau. Muhammad Fareez juga berkongsi bahawa perjalanan pendidikan di UiTM bukanlah mudah. Beliau mengakui oleh : Amni Harith Badrul Hisyam cabaran di peringkat ijazah jauh berbeza daripada diploma, namun segala penat lelah akhirnya berbaloi. “Segala yang saya tempuhi itu, dapatlah akhirnya dibalas, worth it,” katanya. Dengan pencapaian ini, beliau berharap dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk master dan PhD. Sebagai seorang yang cepat bosan, beliau sentiasa mencari cabaran baharu dan inspirasi untuk bergerak ke hadapan. “Saya akan cari benda baru sebab saya seorang yang cepat bosan juga. Jadi setiap kali saya kena cari benda yang baru untuk saya dapat inspirasi dan kadang rasa nak cuba. Sebab rasa nak cuba tu yang buatkan saya bergerak ke hadapan,” kongsinya. Muhammad Fareez juga berpesan kepada graduan muda UiTM agar terus berusaha kerana segala yang dipelajari dan dilakukan kini akan berbaloi pada masa hadapan dan membentuk masa depan mereka. Beliau berharap semua graduan dapat terus berbakti kepada masyarakat, membanggakan keluarga, dan menjadi idola kepada orang lain.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badrul Hisyam, Amni Harith
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: Warta Konvo 102
Keywords: Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Graduan muda
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126171
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126171.pdf] Text
126171.pdf

Download (4MB)

ID Number

126171

Indexing

Statistic

Statistic details