Abstract
Antara insan yang paling berbangga selepas melihat graduan menamatkan pengajian, tidak lain tidak bukan ibu dan bapa serta ahli keluarga seseorang graduan itu. Bagi Pengurus Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Zarina Rozali, melihat dua anak gadisnya menaiki pentas menerima skrol ijazah pastinya antara saat manis yang akan dikenang sepanjang hayatnya. Tambah manis, kedua-dua anak gadis Zarina iaitu Zaireen Zulaikha Kahar Jaafar dan Ezureen Natasya Kahar Jaafar menamatkan pengajian dalam bidang yang sama dengan Zarina iaitu Komunikasi dan Pengajian Media cuma keduaduanya memilih pengkhususan yang berbeza antara satu sama lain. Zaireen menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Perhubungan Awam manakala Ezureen memilih Kewartawanan sebagai bidang pengkhususan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaini, Zaidatul Insyirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | Warta Konvo 102 |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen, UiTM, Mass Com, Bidang kewartawanan |
| Collections: | Konvokesyen UiTM |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126169 |
