Abstract
Pada 10 September 2024, seramai 17 orang warga UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah berjaya memperoleh pengiktirafan sebagai Apple Teacher menerusi penyertaan dalam Kursus Road to UiTMCPP Apple Teacher Certification, yang dianjurkan secara kolaboratif antara pihak Switch dan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat (PJIAM) UiTMCPP. Program ini telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di MIT, Switch HQ (Mainland), Bukit Mertajam, dan diwakili oleh Ts. Dr. Mohd Ikmal Fazlan Rozli bagi pihak UiTMCPP. En. Alliff Azlan, selaku Pegawai Pendidikan Switch dan Apple Professional Learning Specialist (APLS), telah mengetuai sesi pembelajaran sepanjang program. Kursus ini telah memberikan pendedahan intensif melalui enam modul utama yang menumpukan kepada penggunaan aplikasi Apple dalam konteks pendidikan. Modul-modul tersebut merangkumi penggunaan iPad sebagai alat pengajaran asas, Pages untuk penghasilan bahan pengajaran, Keynote untuk persembahan interaktif, Numbers untuk analisis data pendidikan, serta iMovie dan GarageBand untuk penghasilan kandungan multimedia yang menarik. Aktiviti secara langsung ini membolehkan peserta mengaplikasikan teknologi Apple dengan lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesi kuiz Apple Teacher turut dijalankan sebagai penilaian akhir sebelum peserta dianugerahkan pengiktirafan rasmi.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Hazrina UNSPECIFIED Akbar, Nor Azliza UNSPECIFIED Ismail, Badrul Nizam UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Apple Teacher Certification, Apple Professional Learning Specialist (APLS), Multimedia |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126121 |
