Abstract
1 Ogos 2018 - Seramai 850 atlet terdiri daripada pelajar universiti termasuk dari luar negara menyertai kejohanan sukan tahunan, Intemational Sport Fiesta (UiSF) ke-13 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejohanan yang merupakan kerjasama dengan Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan yang melibatkan 27 universiti tempatan dan dari luar negara ini berlangsung di Kompleks Sukan UiTM disini bermula 31 Julai hingga 5 Ogos 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari. Dalam ucapan beliau menyatakan kejohanan tersebut mampu mengeratkan hubungan antara negara-negara ASEAN dan serantau seperti Sri Lanka, Nepal dan Pakistan atas semangat kesukanan dan persahabatan. Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Dato' Dr. Abdullah Mohd. Said. Sebanyak tujuh acara dipertandingkan iaitu futsal, hoki, tenis, badminton, bola keranjang, ragbi tujuh sebelah dan pingpong.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2018 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126113 |
