Ceritera kelas yang hilang: madam rindu zaman OHP

Kamarudin, Faizah (2025) Ceritera kelas yang hilang: madam rindu zaman OHP. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

OHP? Apa tu? Madam hanya mampu tersenyum bila pelajar bertanya. Mari kita selami perjalanan madam menongkah arus teknologi! Segalanya bermula pada tahun 1999, hari pertama madam mengajar. Penuh semangat, tetapi ada satu masalah besar - OHP berat! Setiap minggu, madam terpaksa meminta wakil kelas untuk mengangkatnya. Itu baru cabaran pertama, hehe! Mengajar dengan OHP bukan semudah letak helaian dan hanya bercakap. Madam perlukan plastik transparensi dan pen marker khas. Silap tulis? Nasib baik ada cecair remover, tapi kalau padam terlalu kerap, plastik jadi comot. Pelajar pun perlu menyalin nota satu per satu. Walaupun nampak ‘leceh’, mereka lebih fokus. Terbaik, kan? Tapi ada juga situasi lucu. Pernah madam letak helaian terbalik, habis satu kelas membaca nota dalam keadaan mirror effect! “Madam, nota terbalik!” Aduh, malu! Kemudian, muncul LCD projektor. Alhamdulillah, tak perlu angkut OHP! Dengan PowerPoint, madam boleh masukkan gambar dan animasi. Tapi, oh tidak! Sekarang pelajar malas menyalin nota. Dulu mereka aktif, sekarang hanya tunggu slaid dimuat naik. Lalu datang era e-learning. Madam mula menggunakan i-Learn (sekarang dipanggil UFUTURE) untuk berkongsi nota. Mudah, cepat, dan tak perlu bawa pendrive. Namun, interaksi dalam kelas semakin berkurang. Dulu, madam bertanya soalan, sekarang pelajar ambil gambar dan senyap. Kadang terasa mereka ambil gambar madam pula. Opss! Pandemik tiba, bilik kuliah ‘hilang’. Kelas jadi Google Meet dan Zoom. “Madam, internet slow!” dan “mic saya rosak lah!” menjadi lagu baru. Diakhir kelas, semua ucap terima kasih secara berjemaah bagai ciapan burung-burung, padahal sepanjang kelas diam seribu bahasa. Mungkin mereka percaya, "Jika sekiranya diam itu bijak, lakukanlah!." Hahaha!

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamarudin, Faizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Teknologi, E-learning, OHP
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/126090
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 126090.pdf] Text
126090.pdf

Download (614kB)

ID Number

126090

Indexing

Statistic

Statistic details