Civil Tigers: juara futsal SAF 2024

Azizan, Fairus Azwan (2025) Civil Tigers: juara futsal SAF 2024. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2024 UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi pasukan futsal telah berlangsung pada 9 November 2024 yang lalu di mana ia disertai oleh 8 pasukan termasuk Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). Perlawanan ini berlangsung di gelanggang futsal kolej Zamrud di mana pada peringkat kumpulan, pasukan PKA menghadapi laluan mudah menentang PKM (1-1), PKE (3-1) dan PPT (5-0). Pasukan PKA menjadi johan kumpulan dan mara ke separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, pasukan PKA berjaya menjinakkan lawan iaitu daripada Fakulti Sains Kesihatan (FSK) dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Bagi aksi perlawanan akhir, pasukan PKA bertemu dengan Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) apabila mereka juga layak setelah menewaskan PKE diperingkat separuh akhir. Aksi peringkat akhir agak sengit diantara PKA dan PKK apabila sekadar seri 1-1 sehingga tamat permainan. Juara di tentukan dengan penentuan sepakan penalti. PKA sekali lagi menunjukkan aksi hebat apabila berjaya menundukkan PKK dengan jaringan 3 berbalas 1 seterusnya dinobatkan sebagai juara futsal SAF bagi edisi 2024. Civil tigers (PKA) di bawah kendalian Ir Ts Fairus Azwan Azizan sebagai pengurus pasukan telah berjaya merangkul pingat emas untuk PKA. Tahniah diucapkan kepada para pemain, pegawai dan seluruh pasukan futsal PKA yang terlibat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azizan, Fairus Azwan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF), futsal, Civil Tigers
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125972
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125972.pdf] Text
125972.pdf

Download (829kB)

ID Number

125972

Indexing

Statistic

Statistic details