Abstract
Komunikasi efektif merupakan elemen penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan
seseorang individu dan masyarakat. Keberkesanan berkomunikasi melalui media perantaraan
mampu melancarkan lagi proses komunikasi yang memberi impak positif kepada para
pengguna. Peranannya kini menjadi bertambah penting selari dengan arus pembangunan ICT
(Information Communication Technology) tanpa batasan. Penggunaan teknologi komunikasi
yang berkesan penting bagi mencapai matlamat dan falsafah bagi sesebuah masyarakat demi
keharmonian dan kebahagiaan mereka. Kajian ini penting dalam usaha memahami dan
mendapatkan gambaran sebenar mengenai peranan teknologi komunikasi yang paling efektif
dalam proses berkomunikasi dalam kalangan masyarakat Melayu. Kertas kerja ini ingin
melihat penggunaan teknologi komunikasi dalam membina komunikasi efektif dalam
bermasyarakat. Seramai sebelas orang Melayu telah ditemu bual secara mendalam berdasarkan
soalan separa-struktur dan soalan terbuka yang telah diuji sebelumnya. Temu bual dirakam,
ditranskripsikan, dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Terdapat
beberapa tema berjaya dikenal pasti dari kajian ini. Ianya dikategorikan kepada beberapa tema
utama seperti telefon bimbit didapati sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di Melaka
berbanding lain-lain teknologi seperti telefon talian tetap dan Internet. Penggunaan telefon
bimbit mudah digunakan, senang dibawa ke mana-mana, sebagai pengganti diri, kosnya
munasabah, banyak faedahnya, dan sebagainya. Kajian ini menggunakan Teori Penerimaan
Teknologi yang dipelopori oleh Fred Davis dan Richard Bobagozzi pada tahun 1987. Di dalam
teori tersebut, dinyatakan bahawa sesuatu teknologi baru akan mudah diterima masyarakat
sekiranya ia mudah digunakan dan ianya sangat penting dan berguna. Kajian ini telah
mengukuhkan lagi dua konstruk baru. Konstruk tersebut telah diperkenalkan oleh Siti Zobidah
dan Mariah (2004) iaitu sesuatu teknologi akan senang diterima oleh masyarakat jika kosnya
munasabah dan ia dapat memenuhi kehendak emosi, intelektual dan fizikal penggunanya.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Radzi, Raha UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Interpersonal relations. Social behavior P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) |
Page Range: | pp. 43-57 |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12594 |