Peranan komunikasi visual dalam perpaduan Melayu / Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin

Daimin, Ghazali (2013) Peranan komunikasi visual dalam perpaduan Melayu / Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.

Abstract

Dunia politik dan elemen komunikasi visual sememangnya tidak dapat dipisahkan khasnya
semasa tempoh kempen sesuatu pilihan raya rancak dijalankan. Di Amerika Syarikat sebagai
contohnya, komunikasi visual termasuk (iklan politik) atau juga dikenali sebagai political ads
telah lama dipraktikkan dalam kempen-kempen pilihan raya Presiden. Puluhan jutaan ringgit
dibelanjakan dalam mencetak visual grafik seperti poster malah iklan di televisyen (Syzbillo &
Hartenbaum, 1976). Di Malaysia, sejak pilihan raya umum ke 10 (1999), senario komunikasi
visual semasa kempen pilihanraya di Malaysia sedikit sebanyak telah mengubah lanskap
komunikasi visual (media) di mana terdapat begitu banyak sekali paparan iklan politik di suratsurat
khabar tempatan. Kempen pilihan raya melalui surat khabar tempatan bermula pada 21
November 1999 melalui Berita Harian, Star, New Straits Times, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit
Poh serta Nanyang Siang Pau. Oleh itu, tidak dapat dinafikan, komunikasi visual (iklan politik)
telah menjadi salah satu komponen penting di dalam kempen pilihan raya (Miskin & Grant
2004). Di Malaysia, terdapat sebanyak tiga puluh satu (31) parti-parti politik aktif yang
berdaftar dimana dua puluh (20) darinya terdapat di Semenanjung Malaysia, manakala enam
(6) di Sabah dan lima (5) di Sarawak (Suruhajayan Pilihanraya Malaysia-SPR, 2009). Secara
umumnya, kebanyakkan parti-parti politik utama yang wujud di Malaysia adalah didokongi
oleh orang-orang Melayu atau Bumiputera. Sebagai contohnya, UMNO sememangnya parti
yang dimiliki oleh kaum Melayu. Begitu juga dengan parti PAS, dimiliki oleh kaum Melayu.
Namun begitu, kedua-dua parti terbesar kepunyaan orang-orang Melayu ini mempunyai sejarah
tersendiri terutamannya dari segi jalinan ukhuwah atau persahabatan. Jalinan ukhuwah adalah
tidak begitu baik dek perbezaan fahaman politik semenjak dahulu sehingga sekarang. Oleh itu,
kertas kerja ini dihasilkan adalah mengkaji bagaimana elemen-elemen dalam komunikasi visual
boleh berperanan dalam menyatupadukan orang-orang Melayu yang mempunyai kefahaman
serta tarbiah yang berbeza dalam fahaman politik mereka. Di antara elemen-elemen yang
komunikasi visual yang akan dibicangkan secara terperincinya ialah gambar, warna, huruf,
susunan reka letak, lambang/simbol, audio, tanda serta tipografi itu sendiri. Di antara mediummedium
yang akan digunapakai dalam kajian ini ialah surat khabar, banner, bunting, poster,
laman sesawang, flagline, billboard, iklan di media cetak & elektronik.
Penyelidik berharap, kajian ini sedikit sebanyak akan dapat memberi sedikit formula atau
blueprint bagaimana komunikasi visual akan dapat membantu dalam mewujudkan perpaduan di
antara orang-orang Melayu yang telah sekian lama bertelagah akibat perbezaan fahaman politik
masing-masing. Satu titik resolusi perpaduan perlu dibina agar orang-orang Melayu kembali
bersatu demi perpaduan ummah seterusnya dapat mempertingkatkan syiar islam serta politik
orang-orang Melayu di negara bertuah Malaysia ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daimin, Ghazali
UNSPECIFIED
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Presentation graphics software
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Event Title: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Page Range: pp. 11-15
Keywords: Komunikasi Visual, Perpaduan Melayu
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12589
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_PROF MADYA DR. GHAZALI DAIMIN IMP 13.pdf] Text
PRO_PROF MADYA DR. GHAZALI DAIMIN IMP 13.pdf

Download (2MB)

ID Number

12589

Indexing

Statistic

Statistic details