UiTM dan destini Melayu / Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin

Daimin, Ghazali (2013) UiTM dan destini Melayu / Prof. Madya Dr. Ghazali Daimin. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 83-86. ISSN 2289-5744

Abstract

Bak kata pepatah, “irama dan lagu tidak sesekali dapat dipisahkan”, begitulah juga dengan Universiti
Teknologi MARA (UiTM) dan kaum Bumiputera yang sememangnya tidak boleh dipisahkan. Keduadua
komponen ini amat berkait rapat dan mempunyai elemen sentimental terutamanya dari segi
bangsa dan juga persejarahannya. Penubuhan UiTM pada dasarnya adalah untuk membantu anak-anak
Bumiputera dari segi pelajaran mereka seterusnya mempertingkatkan sosio-ekonomi mereka.
Matlamat yang sama juga dikongsi dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dimana anak-anak
mereka diberi sama taraf untuk diterima masuk belajar di UiTM demi membantu di dalam
mempertingkatkan taraf pendidikan anak-anak mereka.
Menurut Nadia Bt Alwi (2004), kemerosotan pencapaian pelajaran oleh pelajar-pelajar Bumiputera
khasnya pada peringkat SPM amat ketara sekali terutamanya dalam mata pelajaran sains dan
matematik. Begitu juga pada peringkat pusat pengajian tinggi iaitu di Universiti-Universiti Awam di
Malaysia, jumlah pelajar-pelajar Bumiputera yang berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama masih
rendah jika dibandingkan dengan pencapaian kaum Cina. Menyedari fenomena ini yang sudah
melangkaui sejak dahulu lagi, UiTM mengambil langkah ke depan dengan mewujudkan puluhan
malah ratusan akademik program bagi membantu kaum Bumiputera untuk maju dalam pendidikan.
Malah UiTM juga telah mewujudkan satu program khas iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa
(MDAB) yang akan mengambil pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera yang mempunyai minimum
kelayakan 3 kredit sahaja (SPM) untuk memasuki pengajian peringkat Pra-Sains atau PraPerdagangan
di serata kampus UiTM di Malaysia.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_GHAZALI DAIMIN IMP 13.pdf] Text
AJ_GHAZALI DAIMIN IMP 13.pdf

Download (779kB)

ID Number

12586

Indexing

Statistic

Statistic details