Program Jelajah Kasih 2.0

Azizan, Fairus Azwan and Abd Rahman, Zanariah and Ismail, Mohd Khairul Azhar (2025) Program Jelajah Kasih 2.0. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pada 15 Disember 2024 yang lalu, Program Jelajah Kasih 2.0 telah sempurna dilaksanakan di Masjid Jamek Al-Muhtadiin, Bukit Indera Muda, Pulau Pinang. Program ini adalah anjuran kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) dibawah naungan Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA). Seramai 35 orang peserta dari kelab P’CES telah mengambil bahagian dalam program ini yang diketuai oleh Siti Nursyahindah Binti Mohd Shafar bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar UiTM. Turut memberi sokongan, 3 orang pensyarah merangkap penasihat kelab iaitu Ir. Ts. Fairus Azwan bin Azizan, Ts. Zanariah binti Abd Rahman dan Mohd Khairul Azhar bin Ismail. Antara aktiviti utama program ini ialah membersihkan dan menceriakan kawasan masjid, memberikan sumbangan kepada golongan asnaf dan menyantuni golongan asnaf yang uzur serta menghulurkan sumbangan secara terus kepada mereka. Majlis penutup program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, Dr. Ahmad Asri Abd Samat, Pengerusi Masjid, Tn. Hj Azizan Bin Ismail dan penyumbang utama program, Ustaz Zulhazwan Ismail wakil dari syarikat Rasniaga Sdn. Bhd. dan Napie Burger Enterprise. Dengan terlaksananya program ini, para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dalam menyempurnakan tugasan yang diberi. Selain itu, dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta kepada pihak masjid. Semoga dengan usaha ini dapat membentuk para pelajar untuk menjadi masyarakat yang prihatin dan penyayang.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Azizan, Fairus Azwan
UNSPECIFIED
Abd Rahman, Zanariah
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd Khairul Azhar
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Asnaf, Sumbangan, Jelajah Kasih
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125859
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125859.pdf] Text
125859.pdf

Download (1MB)

ID Number

125859

Indexing

Statistic

Statistic details