Tahap keyakinan diri dan pencapaian atlet Bumiputera / Vincent A. Parnabas and Yahaya Mahamood

Parnabas, Vincent A. and Mahamood, Yahaya (2013) Tahap keyakinan diri dan pencapaian atlet Bumiputera / Vincent A. Parnabas and Yahaya Mahamood. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 72-77. ISSN 2289-5744

Abstract

Keyakinan diri adalah melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya tanpa mempunyai
perasaan risau, penilaian positif terhadap diri sendiri, dan mengharap pencapaian yang positif.
Pencapaian tinggi atlet dalam sukan banyak bergantung kepada keyakinan. Walaubagaimana
pun di Malaysia, belum ada satu kajian ilmiah yang secara khusus mengenal pasti tahap
keyakinan diri dan pencapaian bumiputera. Beberapa kajian menunjukkan atlet yang memiliki
kemahiran yang berbeza akan menunjukkan tahap keyakinan diri yang yang berbeza. Justeru
itu, kajian ini akan bandingkan pelbagai kategori kemahiran atlet bumiputera iaitu yang
mewakili universiti, daerah, negeri dan negara. Kajian ini telah memperolehi sebanyak 87
responden, yang merupakan atlet bumiputera, dari Universiti Teknologi MARA. Soal selidik
Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) digunakan, bagi tujuan untuk mengutip data.
Dapatan kajian menunjukkan atlet elit atau yang mewakili negara memiliki tahap keyakinan
diri yang lebih tinggi daripada atlet yang mewakili negeri, daerah dan universiti. Dapatan kajian
juga menunjukkan atlet bumiputera yang memiliki tahap pencapaian yang tertinggi
menunjukkan tahap keyakinan diri yang tertinggi jika dibandingkan dengan atlet yang memiliki
tahap pencapaian sederhana atau rendah. Kajian ini bermanfaat bagi jurulatih, kaunselor sukan
dan psikologi sukan, untuk membuat program-program yang berkaitan dengan peningkatan
keyakinan diri bagi atlet bumiputera yang mengalami tahap keyakinan diri yang rendah supaya
boleh memperbaiki pencapaian dalam sukan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Parnabas, Vincent A.
UNSPECIFIED
Mahamood, Yahaya
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Physical measurements. Physical tests, etc.
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Athletic contests. Sports events
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Journal or Publication Title: Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu
ISSN: 2289-5744
Page Range: pp. 72-77
Keywords: Keyakinan, kemahiran, pencapaian, bumiputera, atlet
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12584
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_VINCENT A. PARNABAS IMP 13.pdf] Text
AJ_VINCENT A. PARNABAS IMP 13.pdf

Download (794kB)

ID Number

12584

Indexing

Statistic

Statistic details