Abstract
Kemampuan Pengurusan telah menjadi petunjuk penting prestasi dalam pengurusan sesebuah
organisasi. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), khususnya Melayu dan Bumiputera, sering
berhadapan dengan masalah-masalah yang jarang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar dan
multinasional. Salah satu masalah utama adalah kemahiran pengurusan. Kertaskerja ini
bertujuan menilai kemampuan pengurusan dan kompetensi PKS Melayu/Bumiputera di
Malaysia menggunakan Indeks Kemampuan Pengurusan (IKP) berdasarkan piawaian yang
telah diterimapakai oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM). Satu kajian telah dijalankan
menggunakan borang soalselidik yang telah diadaptasi daripada kajiselidik yang digunakan
oleh MIM. Borang-borang soalselidik telah dihantar secara pos kepada sekurang-kurangnya
500 PKS Melayu/Bumiputera di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dengan tumpuan
utama di Lembah Klang. Kaedah temuduga secara berdepan juga telah dijalankan bagi
mendapatkan bilangan responden yang lebih baik dan data lebih tepat. Indeks Kemampuan
Pengurusan PKS Melayu dan Bumiputera di Malaysia bagi tahun 2012 dicatatkan pada 65.36.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Malim, Muhammad Rozi UNSPECIFIED Shahibi, Mohd Sazili UNSPECIFIED Daimin, Ghazali UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people) H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares > Entrepreneurship. Property H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Small and medium-sized business. History |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu |
ISSN: | 2289-5744 |
Page Range: | pp. 36-52 |
Keywords: | Kemampuan Pengurusan; PKS Melayu/Bumiputera; Kemahiran Pengurusan dan Kompetensi; Indeks Kemampuan Pengurusan |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12582 |