Abstract
Seringkali kedengaran perkataan 'bazir' digunakan dalam kehidupan seharian, khususnya apabila dikaitkan dengan rezeki yang tidak dihabiskan, contohnya membuang nasi yang tidak habis dimakan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi keempat), perkataan 'membazir' didefinisikan sebagai 'berlebih-lebihan sehingga terbuang'. Contoh lain yang dibawa oleh kamus ini ialah seperti 'kenduri kahwin yang dibuat secara besar-besaran adalah membazir sahaja'. Dalam kehidupan seharian kita, orang tua kita mungkin tidak menggalakkan kita menggunakan air secara membazir, terutamanya dalam musim kemarau. Selain itu, kita juga dilarang membazirkan masa dan tenaga dalam kerja buat kita. Tidak kurang pula perkataan 'bazir' ini disinonimkan dengan boros, iaitu membuang-buang. Contoh-contoh ini selalu terkait dengan penggunaan kata dasar 'bazir'.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Harun, Nur Syikri nursyikri@uitm.edu.my Ismail, Fathiyah fathi260@uitm.edu.my Johar, Norchahaya chahaya@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zahari, Ahmad Suffian ahmadsuf@uitm.edu.my Chief Editor Ismail, Fathiyah fathi260@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Terengganu |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Faculty of Business and Management |
| Journal or Publication Title: | BizNewz |
| ISSN: | 2600 9811 |
| Keywords: | Tabzhir, Israf |
| Date: | 2021 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125819 |
