Abstract
Sepanjang kewujudan UiTM dan berlangsungnya istiadat konvokesyen, kita telah saksikan dan disajikan dengan pelbagai kisah ahli keluarga yang bergelar graduan hingga ada yang bergraduasi di pentas yang sama dan sebagainya. Menyertai “senarai” tersebut termasuklah adik beradik Nur’ain Khalila Zainuddin dan Nurul Izzati Zainuddin apabila sama-sama meraikan detik bersejarah sebagai graduan UiTM. Khalila kini melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan di UiTM Puncak Alam, manakala kakaknya, Izzati, menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Infrastruktur dan kini bekerja sebagai modeler BIM. “Kenangan ni sangat bermakna sebab saya dapat bergraduasi bersama kakak saya di samping mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC),” luah Khalila penuh sebak. Bagi kedua-duanya, perjalanan akademik tidak mudah. Khalila mengakui cabaran utama adalah mengurus masa untuk memastikan kecemerlangan, Izzati akui bahawa dia berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran universiti. Namun, semangat keluarga terutama ibu bapa menjadi inspirasi terbesar mereka.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Aidil Adha UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen edisi 11, Istiadat konvokesyen. |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125806 |
