Abstract
Kertas ini membincangkan mengenai sejauh mana rakyat Malaysia menerima Konsep Satu
Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai agenda
politik dan pemerintahannya. Walaupun konsep ini telah dilaksanakan sejak perlantikan beliau
sebagai Perdana Menteri, namun beberapa kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan
penerimaan konsep ini masih lagi rendah. Namun beberapa kajian lain pula mendapati konsep
ini telah diterima oleh masyarakat. Apatah lagi keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu
Sapi membuktikan bahawa konsep ini telah menempah kejayaannya. Persoalannya adakah
keputusan pilihan raya berkenaan menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia atau
disebabkan faktor-faktor isu semasa, calon strategi kempen atau wujud pergolakan dalam parti
pembangkang?. Analisis beberapa kajian ilmiah berkaitan Konsep Satu Malaysia menunjukkan
bahawa konsep ini di satu segi banyak memberi manfaat khususnya perpaduan kaum. Namun
dari sudut yang lain konsep ini dianggap “mengurangkan ketuanan dan keistemewaan orang
Melayu”. Beberapa penemuan kajian mencadangkan agar konsep ini perlu di fikirkan kembali
agar tidak merugikan kaum Melayu dan Bumiputera.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sualman, Ismail UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Nationalism. Nation state J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu |
ISSN: | 2289-5744 |
Page Range: | pp. 11-28 |
Keywords: | Satu Malaysia, agenda politik |
Date: | 2013 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12580 |