Melangkaui batas perjalanan sorang wanita dalam kerjaya sebagai diplomat

Mohd Tahir, Nurmaisarah Syahmina and A. Rahman, Nurul Nadia and Mohd Nordin, Nordiana and Md Jali, Jafalizan (2024) Melangkaui batas perjalanan sorang wanita dalam kerjaya sebagai diplomat. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (3): 7. pp. 64-71. ISSN 29763967
Abstract

Kerjaya sebagai seorang pegawai diplomat bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya apabila tugas itu disandang oleh seorang wanita. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman seorang wanita yang berkhidmat sebagai diplomat Malaysia di Prague, Republik Czech. Objektif utama kajian ialah melusuri latar belakang, memahami peranan dan tanggungjawab serta mendalami cara wanita mengatasi cabaran dan kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki. Dengan menggunakan metodologi sejarah lisan, temubual dilakukan untuk mendapatkan perspektif terperinci mengenai pengalaman dan sumbangan diplomat wanita di negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa diplomat wanita tersebut berjaya mengatasi cabaran melalui kepimpinan beliau yang cekal dan dedikasi. Kejayaan beliau memperkukuhkan peranan wanita dalam kerjaya ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain. Kepentingan penyertaan wanita dalam kerjaya diplomat ini dan saranan langkah untuk meningkatkan penyertaan dan kejayaan wanita di peringkat antarabangsa diberi penekanan dalam kajian ini. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa wanita berpontensi untuk menjadi pemimpin yang hebat terutamanya dalam bidang diplomatic dan hubungan luar negara ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125791.pdf]
Text
125791.pdf
Download (187kB)
Indexing & Metrics