Abstract
Kerjaya sebagai seorang pegawai diplomat bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya apabila tugas itu disandang oleh seorang wanita. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman seorang wanita yang berkhidmat sebagai diplomat Malaysia di Prague, Republik Czech. Objektif utama kajian ialah melusuri latar belakang, memahami peranan dan tanggungjawab serta mendalami cara wanita mengatasi cabaran dan kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki. Dengan menggunakan metodologi sejarah lisan, temubual dilakukan untuk mendapatkan perspektif terperinci mengenai pengalaman dan sumbangan diplomat wanita di negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa diplomat wanita tersebut berjaya mengatasi cabaran melalui kepimpinan beliau yang cekal dan dedikasi. Kejayaan beliau memperkukuhkan peranan wanita dalam kerjaya ini dapat memberi inspirasi kepada wanita lain. Kepentingan penyertaan wanita dalam kerjaya diplomat ini dan saranan langkah untuk meningkatkan penyertaan dan kejayaan wanita di peringkat antarabangsa diberi penekanan dalam kajian ini. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa wanita berpontensi untuk menjadi pemimpin yang hebat terutamanya dalam bidang diplomatic dan hubungan luar negara ini.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Tahir, Nurmaisarah Syahmina 2022970973@student.uitm.edu.my A. Rahman, Nurul Nadia 2022909943@student.uitm.edu.my Mohd Nordin, Nordiana ndiana@uitm.edu.my Md Jali, Jafalizan jafalizan@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history J Political Science > JZ International relations > Scope of international relations. Political theory. Diplomacy > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM) |
| ISSN: | 29763967 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 3 |
| Page Range: | pp. 64-71 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Diplomatic service, International relations, Women diplomats |
| Date: | 16 October 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125791 |
