Monoloque pictures: simulasi perniagaan melahirkan usahawan

Samsudin, Fahmi and Meor Hamzah, Meor Hasmadi and Baharuddin, Nor Fariza (2024) Monoloque pictures: simulasi perniagaan melahirkan usahawan. Paradigma Johor: Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (11). pp. 1-5. ISSN 2682-7824
Abstract

Artikel ini membincangkan peranan pendidikan praktikal melalui penubuhan inkubator keusahawanan dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing. Fokus utama diberikan kepada inisiatif "Monoloque Pictures" di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, yang berfungsi sebagai simulasi perniagaan sebenar bagi pelajar dalam bidang fotografi dan videografi. Melalui penyediaan fasiliti lengkap seperti studio fotografi, ruang suntingan, dan peralatan percetakan berteknologi tinggi, pelajar didedahkan kepada realiti industri secara teknikal dan keusahawanan. Kepentingan kolaborasi strategik antara akademik dan industri ditekankan melalui kerjasama dengan rakan industri seperti Nikon Malaysia dan White Studio (Bustamam Mokhtar). Program mentor-mentee dan bengkel praktikal ini bertujuan memastikan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki kemahiran teknikal yang diiktiraf oleh pemain industri tersohor dalam kategori komersial dan fesyen.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125772.pdf]
Text
125772.pdf
Download (721kB)
Indexing & Metrics