Program STEM SMITI-UiTM 2024

Hasan, Daliah and Muhammad Ali, Khairul Ammar and Abu Bakar, Amalina Amirah and Imran, Nik Farhanim and Musir, Adhilla Ainun and Dollah, Zuraisah and Abdul Karim, Nurulzatushima and Abdullah, Nor Hafizah Hanis (2025) Program STEM SMITI-UiTM 2024. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Pada 25 OKTOBER 2024, seramai lapan (8) orang pensyarah Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dijemput untuk menjayakan Minggu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diadakan di Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam Sains Bahrul Ulum (SMITI). Program ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang STEM melalui pelbagai aktiviti interaktif dan pertandingan yang dirancang. Salah satu acara utama dalam program ini adalah pertandingan “Bridge Challenge” yang melibatkan penyertaan pelajar dari Tingkatan 1, 2, dan 3. Pertandingan Bridge Challenge yang diadakan ini bertujuan mengasah kemahiran pelajar dalam reka bentuk dan pembinaan jambatan, di samping meningkatkan daya kreativiti, pemikiran kritis, serta kerja berpasukan. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dengan pensyarah selaku fasilitator dan mendapatkan bimbingan secara langsung, sekaligus menginspirasi mereka untuk meneroka lebih lanjut bidang kejuruteraan dan teknologi pada masa hadapan. Pensyarah juga memainkan peranan penting sebagai juri bagi pertandingan Bridge Competition, menilai reka bentuk, ketahanan, dan inovasi jambatan yang dibina oleh pelajar Tingkatan 1, 2, dan 3. Selain bertindak sebagai penilai, pensyarah juga membimbing pelajar semasa mereka membina model jambatan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Mereka memberikan tunjuk ajar mengenai prinsip asas struktur, pemilihan bahan yang sesuai, serta teknik pembinaan yang betul bagi memastikan model yang dihasilkan kukuh dan berfungsi dengan baik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hasan, Daliah
UNSPECIFIED
Muhammad Ali, Khairul Ammar
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Amalina Amirah
UNSPECIFIED
Imran, Nik Farhanim
UNSPECIFIED
Musir, Adhilla Ainun
UNSPECIFIED
Dollah, Zuraisah
UNSPECIFIED
Abdul Karim, Nurulzatushima
UNSPECIFIED
Abdullah, Nor Hafizah Hanis
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), Bridge challenge, Kejuruteraan
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125769
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125769.pdf] Text
125769.pdf

Download (988kB)

ID Number

125769

Indexing

Statistic

Statistic details