Abstract
Pada 23 hingga 24 Disember 2024, satu aktiviti lawatan dan kerja lapangan telah berjaya dilaksanakan di kawasan Politeknik Bagan Datuk, Perak. Aktiviti ini melibatkan beberapa orang pensyarah pengiring serta pelajar projek tahun akhir (FYP) daripada Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Tujuan utama aktiviti ini adalah bagi melaksanakan kajian penyelidikan hasil kolaborasi antara PPKA UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Perunding Consulface Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini telah dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak, yang bertujuan mengukuhkan jaringan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan geoteknikal. Objektif Aktiviti Objektif utama lawatan dan kerja lapangan ini adalah: 1. Memperoleh data sokongan bagi tujuan penyelidikan bertajuk "Verification of Ground Improvement & Site Investigation Results from Pile Driving Analyzer (PDA) Test". 2. Memberikan pendedahan dan pengalaman secara praktikal (hands-on) kepada pelajar projek tahun akhir dalam menjalankan ujian lapangan serta menganalisis data yang diperoleh. Pelaksanaan Kerja Lapangan Kajian penyelidikan yang dijalankan berfokus kepada "Verification of Ground Improvement & Site Investigation Results from Pile Driving Analyzer (PDA) Test". Bagi tujuan ini, peralatan JKR Probe telah digunakan bagi menjalankan ujian dan siasatan tanah di beberapa lokasi strategik dalam kawasan politeknik.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Azura UNSPECIFIED Ibrahim, Anas UNSPECIFIED Ahmad, Badrul Nizam UNSPECIFIED Ahmad, Juhaizad UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal UNSPECIFIED Chief Editor Kuan, Woei Keong UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam |
| ISSN: | 2716-6325 |
| Keywords: | Geoteknikal, Pile Driving Analyzer (PDA), Politeknik |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125767 |
