Abstract
Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, menekankan kepentingan melahirkan graduan yang seimbang, holistik serta berdaya saing dalam ucapan beliau sempena Istiadat Konvokesyen Sidang ke-14 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Menurut Dato’ Dr. Hassan, UiTM bukan sekadar melahirkan tenaga kerja profesional, malah bertanggungjawab memperkasakan sosioekonomi masyarakat melalui penghasilan usahawan bumiputera yang kompetitif. “UiTM memberi tumpuan untuk melahirkan graduan yang seimbang dan holistik, dengan menguasai ilmu bidang masing-masing serta memiliki smart and sharp skills,” katanya. Beliau berkata, UiTM melaksanakan pelbagai langkah strategik termasuk penstrukturan tadbir urus dan inisiatif globalisasi bagi membuka peluang pelajar menimba pengalaman di pentas antarabangsa.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Aidil Adha UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen edisi 11, Kemahiran insaniah. |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125755 |
