Teguh berdiri demi segulung ijazah.

Abdullah, Aidil Adha (2025) Teguh berdiri demi segulung ijazah. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Bergerak hanya menggunakan satu kaki bukanlah penghalang untuk menceburi bidang yang mencabar sekaligus menghadiri istiadat konvokesyen kali ini. Bagi Muhammad Alif Aiman Juyana @ Azlan, graduan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, saat menerima segulung ijazah baru-baru ini adalah simbol kemenangan menentang cabaran hidup yang begitu besar. “Alhamdulillah, hari ini saya sangat gembira kerana akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga,” luahnya penuh rasa syukur. Perjalanan beliau tidak semudah yang disangka. Disahkan menghidap Right Tibia Osteosarcoma, sejenis kanser tulang yang jarang berlaku tetapi sangat agresif. Tahun 2006 menjadi titik mula perjuangan panjang dengan rawatan kemoterapi yang menyakitkan. Lebih menyayat hati, sebaik sahaja rawatan tamat, beliau terpaksa menerima kenyataan bahawa kaki kanannya perlu dipotong.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Aidil Adha
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: Warta 102, Konvokesyen edisi 10, Segulung ijazah.
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125751
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125751.pdf] Text
125751.pdf

Download (8MB)

ID Number

125751

Indexing

Statistic

Statistic details