Program Cantas Gagal ECW241: memacu kejayaan dalam kursus hidraulik

Abu Bakar, Amalina Amirah and Hambali, Satira and Ruslan, Amir Khomeiny (2025) Program Cantas Gagal ECW241: memacu kejayaan dalam kursus hidraulik. Bulletin. Unit Penerbitan FKAPP, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Program CANTAS GAGAL (ECW241), yang diwajibkan Kepada seramai 71 pelajar Diploma CEEC110 semester 4, telah berjaya dilaksanakan dengan dua sesi utama pada semester 20242 iaitu pada 17 Mei dan 5 Julai 2024. Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam kursus Hidraulik melalui pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang efektif dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Bagi sesi pertama, seminggu sebelum program bermula, pelajar diberikan tugasan pra-ujian Hidraulik. Pada sesi pertama, tumpuan diberikan kepada perbincangan mendalam mengenai jalan kerja yang tepat untuk menjawab soalan pra-ujian. Pelajar didedahkan dengan strategi untuk mencapai markah penuh dan menerima maklum balas konstruktif daripada pensyarah. Pada akhir sesi, pelajar menerima markah sebenar pra-ujian mereka. Sesi kedua memfokuskan kepada persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Pelajar diberi pendedahan kepada format dan contoh soalan peperiksaan akhir lepas. Para penceramah, yang merupakan pensyarah berpengalaman lebih 10 tahun, berkongsi "tips & tricks" serta "common mistakes" dalam menjawab soalan Hidraulik. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar berkenaan ‘standard’ soalan peperiksaan sebenar dan meningkatkan keyakinan mereka. Program CANTAS GAGAL (ECW241) telah menunjukkan impak yang positif dengan peningkatan peratusan pelajar yang lulus. Selain itu, program ini juga menyumbang kepada peningkatan peratusan Pencapaian Hasil Program (PO) pelajar. Program ini telah berjaya memberi manfaat kepada pelajar dalam memahami konsep teori dan analisis aliran air dalam paip. Diharapkan program ini dapat diteruskan untuk membantu lebih ramai pelajar mencapai kejayaan dalam kursus Hidraulik.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Amalina Amirah
UNSPECIFIED
Hambali, Satira
UNSPECIFIED
Ruslan, Amir Khomeiny
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Pakir Mohamed Latiff, Muhamad Faizal
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kuan, Woei Keong
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Buletin Tahunan Fakulti Kejuruteraan Awam
ISSN: 2716-6325
Keywords: Hidraulik, ECW241, Analisis
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125744
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125744.pdf] Text
125744.pdf

Download (758kB)

ID Number

125744

Indexing

Statistic

Statistic details