Pengaruh latihan kemahiran digital sebagai moderator antara literasi digital dan kesediaan E-pembelajaran dalam kalangan pelatih guru sains

Khairul Azhar, Muhammad Khair Aiman (2025) Pengaruh latihan kemahiran digital sebagai moderator antara literasi digital dan kesediaan E-pembelajaran dalam kalangan pelatih guru sains. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Alam).
Abstract

Pelaksanaan e-pembelajaran dalam pendidikan guru menuntut pelatih guru sains mempunyai tahap literasi digital dan kesediaan yang tinggi. Walaupun dasar pendidikan digital telah digariskan, jurang penyelidikan masih wujud kerana kajian lepas lebih menumpukan kepada guru sekolah atau pelajar universiti, bukan pelatih guru sains di Institut Pendidikan Guru (IPG). Justeru, isu utama kajian ini ialah untuk memahami keperluan latihan literasi digital sebagai moderator dalam hubungan antara tahap literasi digital dan tahap kesediaan pelatih guru terhadap e-pembelajaran. Pendekatan kajian adalah kajian campuran manakala reka bentuk kajian ialah reka bentuk jujukan deskriptif (Sequential Explanatory Design). Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik terhadap 183 pelatih guru sains dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi, serta analisis moderator. Data kualitatif pula diperoleh melalui temu bual separa berstruktur bersama 3 pensyarah IPG dan dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap literasi digital pelatih guru sains adalah tinggi, manakala tahap kesediaan menggunakan teknologi digital dalam epembelajaran berada pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara literasi digital dan kesediaan e-pembelajaran. Walau bagaimanapun, analisis menunjukkan bahawa latihan kemahiran digital tidak bertindak sebagai moderator yang signifikan secara statistik dalam hubungan tersebut. Namun begitu, dapatan kualitatif menunjukkan bahawa pensyarah berpandangan latihan kemahiran digital tetap penting dari segi amalan praktikal, keyakinan pelatih serta kesiapsiagaan pedagogi dalam konteks teknologi pendidikan. Kajian ini memberi implikasi kepada perancangan kurikulum latihan guru, khususnya dalam membina program latihan kemahiran digital yang lebih bersasar dan kontekstual bagi pelatih guru sains. Implikasi praktikal turut merangkumi pembangunan profesionalisme guru serta reka bentuk bahan pengajaran yang lebih interaktif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Kajian ini menegaskan bahawa walaupun tidak signifikan secara statistik, latihan kemahiran digital tetap merupakan komponen penting dalam memperkukuh kesediaan pelatih guru ke arah pendidikan yang berteraskan teknologi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 125729.pdf]
Text
125729.pdf
Download (425kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Harta Intelek, Unit Terbitan Bersiri dan Elektronik | PTAR Puncak Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics