Abstract
Dunia hari ini menyaksikan ledakan fenomena pempengaruh di mana, hampir semua anak muda mengenali aplikasi TikTok mahupun Instagram, sebagai sebuah platform hiburan yang juga dapat menjana pendapatan. Namun, dalam kalangan ribuan nama yang meraih populariti, dua graduan ini membuktikan sesuatu yang lebih besar, populariti tidak pernah menjadi alasan untuk mengetepikan pendidikan. Nur Alliya Sorfina, yang lebih dikenali sebagai Yaya, 24, menamatkan pengajian dalam bidang Business, berpendapat bahawa populariti tidak boleh dijadikan alasan untuk berhenti belajar. “Ramai anak muda fikir habis sekolah rendah pun sudah boleh jadi pempengaruh, tetapi ilmu itu sangat penting untuk masa depan. Malah sebagai pempengaruh, kita mesti memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat,” jelasnya.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaini, Zaidatul Insyirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen edisi 9, Populariti. |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125726 |
