Abstract
Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM Shah Alam 2016 telah melabuhkan tirainya pada 22 Oktober yang lalu. Majlis Perasmian Penutup SAF kali ini telah disempurnakan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said yang bertempat di Stadium UiTM Shah Alam. Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan dalam kejohanan yang berlangsung selama 16 hari, bermula pada 7 Oktober sehingga 22 Oktober 2016. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi telah berjaya merangkul juara keseluruhan SAF pada tahun ini manakala Fakulti Kejuruteraan Mekanikal menduduki tempat kedua. Naib Canselor sangat menyokong penganjuran kejohanan ini kerana dapat membentuk modal insan selain menjadikan warga UiTM lebih sihat, cergas dan cerdas. Di samping itu, Naib Canselor juga menzahirkan harapannya agar elemen-elemen positif daripada aktiviti sukan ini dapat melahirkan pelajar yang proaktif dan produktif.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125708 |
