Abstract
Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi telah menganjurkan Pesta Sukan Antarabangsa UiTM (UiSF) pada 25 hingga 28 Ogos 2016, bertempat di UiTM Shah Alam dan sekitar Lembah Klang. Sebanyak tujuh acara telah dipertandingkan, antaranya futsal, rugbi 7 sebelah, tenis, tenpin bowling, badminton, bola keranjang dan tenis meja. UiSF kali ini telah disertai oleh 30 buah universiti termasuklah dari Sindhi College (India), Philippine College Foundation (Filipina) serta Private Chartered Universities Forum (Pakistan) yang turut bersama buat pertama kalinya. Universiti Bangkok Thailand telah mengadakan persembahan kebudayaan semasa majlis perasmian dan penutup UiSF 2016. UISF ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Mentor UiTM) pada 24 Ogos 2016 manakala majlis penutupan UiSF ke-11 telah diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) pada 27 Ogos 2016.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125701 |
