Abstract
Dondang sayang merupakan salah satu seni muzik tradisional yang wujud sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kajian ini sangat penting untuk generasi kini mengenali dan memahami dengan lebih terperinci tentang perjalanan seni Dondang Sayang ini. Menjadi satu kepastian bagi generasi sekarang untuk mendapatkan pendedahan tentang kewujudan Dondang Sayang dan memelihara seni warisan Dondang Sayang di Melaka. Kajian ini menemubual dua tokoh dalam seni Dondang Sayang iaitu Tuan Haji Idriss Bin Haji Shariff dan Encik Hairul Asraf Bin Abu Hussain. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mendalami secara terperinci tentang sejarah dan asalusul Dondang Sayang. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk memperolehi maklumat daripada kedua-dua tokoh berkenaan Dondang Sayang Melayu dan Dondang Sayang Baba Nyonya. Diharapkan semua pihak dapat bersama-sama memastikan seni warisan Dondang Sayang ini terus dipelihara agar seni muzik yang berharga ini tidak dilupakan oleh masyarakat.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah Sani, Nur Ain Syafiqah nurainsyafiqah.nas@gmail.com Mohd Subki, Nurhani Sofea nurhani.s1010@gmail.com Ahmad Kamal, Jannatul Iza jannatul406@uitm.edu.my Md Jali, Jafalizan jafalizan@uitm.edu.my |
| Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history M Music and Books on Music > ML Literature of music > History and criticism > Folk, national, and ethnic music |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM) |
| ISSN: | 29763967 |
| Volume: | 2 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 51-59 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Dondang sayang (Music), Folk music, Malay music |
| Date: | 7 April 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125608 |
