Ketika budaya bertaut: jejak tradisi adat perkahwinan Orang Asli Semai Batu Berangkai, Kampar Perak

Roslan, Norfatin Nabiha and Ayazi, Nurul Izzati and Ahmad, Abdul Rahman and Md Jali, Jafalizan (2024) Ketika budaya bertaut: jejak tradisi adat perkahwinan Orang Asli Semai Batu Berangkai, Kampar Perak. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (2): 5. 36 -49. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382

Abstract

Kajian ini membahas permasalahan terkait dengan pemeliharaan dan pemuliharaan adat perkahwinan Orang Asli, khususnya kaum Semai, melalui pendekatan sejarah lisan. Globalisasi dan pemodenan dianggap sebagai halangan besar dalam menjaga warisan budaya ini. Kajian ini melibatkan perbandingan budaya dan tradisi perkahwinan Orang Asli dengan fokus pada perbandingan antara kaum Semai dan Melayu. Temubual dengan masyarakat Orang Asli, terutamanya Tok Setin dan Tok Penghulu, memberikan pemahaman mendalam tentang pelaksanaan adat perkahwinan mereka. Objektif kajian adalah untuk memahami adat perkahwinan Orang Asli secara mendalam, mendedahkan kehidupan dan persekitaran mereka kepada masyarakat, serta memahami perbezaan dalam perkahwinan Orang Asli dengan masyarakat Melayu. Persoalan kajian merangkumi bagaimana adat perkahwinan dijalankan, persekitaran kehidupan Orang Asli, dan faktor yang menyebabkan perbezaan dalam perkahwinan mereka dengan masyarakat Melayu. Kajian ini memberikan penekanan kepada pemeliharaan warisan budaya melalui dokumentasi sejarah lisan. Pendedahan kepada masyarakat tentang adat perkahwinan Orang Asli diharapkan dapat meningkatkan penghargaan terhadap keunikan budaya mereka. Kajian ini juga mencari jawapan terhadap persoalan kepentingan dan sumbangan kajian terhadap pemahaman warisan budaya dan pengenalan kepada masyarakat luar tentang keunikan Orang Asli. Hasil kajian menunjukkan beberapa aspek unik dalam adat perkahwinan Orang Asli, termasuk pengkelasan istilah empat penjuru, keperluan tidur di rumah keluarga bakal pasangan, peranan bapa saudara sebagai wali dan proses perkahwinan pasangan berlainan kaum. Kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman mendalam tentang adat perkahwinan Orang Asli, terutamanya kaum Semai, dan memberi gambaran yang sahih dan berasas mengenai keunikan budaya mereka. Pendedahan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya Orang Asli di kalangan masyarakat umum.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Roslan, Norfatin Nabiha
2022780427@student.uitm.edu.my
Ayazi, Nurul Izzati
2022900605@student.uitm.edu.my
Ahmad, Abdul Rahman
arahman@uitm.edu.my
Md Jali, Jafalizan
jafalizan@uitm.edu.my
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Indigenous peoples. Threatened societies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 2
Number: 2
Page Range: 36 -49
Related URLs:
Keywords: Customs and rites, Orang Asli, Semai (Malay Peninsula)
Date: 7 April 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125607
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125607.pdf] Text
125607.pdf

Download (274kB)

ID Number

125607

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details