Abstract
Program Career, Halal, Innovation & Entrepreneurship Festival (CHIEF) 2016 merupakan program perdana bagi UiTM Puncak Alam yang telah menggabungkan empat (4) aktiviti iaitu karniv al kerjaya JCorp, karnival keusahawanan, pertandingan young innovate 2016 dan karnival halal MITRANS. Program anjuran bersama Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), Fakulti Kejuruteraan Elektrik serta Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Zaini Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat UiTM pada 27 September 2016. Program yang bertujuan untuk memberikan maklumat, pendedahan serta peluang kerjaya kepada pelajar, ini juga dapat menjadi platform kepada pelajar bagi mengaplikasikan bakat keusahawanan serta dapat menjalinkan hubungan dengan pihak industri.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125574 |
