Abstract
Humor merupakan suatu keadaan atau peristiwa yang mampu membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan individu yang mendengar dan melihatnya menerusi bahasa yang dituturkan dan gerak geri yang dipersembahkan. Untuk memahami humor, pedengar perlu mengaitkan konteks yang sesuai dengan situasi atau peristiwa tertentu untuk memahami humor tersebut. Humor yang disampaikan kadangkala membawa kepada penyalahtafsiran makna sehingga menyukarkan pendengar untuk menyingkap makna sebenar sesebuah persembahan sekiranya mereka tidak berada dalam konteks yang sama dengan penutur yakni pelawak. Hal ini kerana bahasa humor mempunyai makna yang tersirat atau implisit. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti unsur-unsur bahasa humor yang digunakan dalam sitkom komedi Sepahtu Reunion 2022 berdasarkan kerangka konsep bahasa humor oleh Asmah Haji Omar (2008), mengklasifikasikan makna eksplisit dan makna implisit unsur-unsur bahasa humor serta menganalisis makna implisit unsur bahasa humor dengan mengaplikasikan Teori Hibrid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif dan kaedah analisis kandungan. Data diperolehi secara atas talian yang dicapai menerusi platform penstriman atas talian Sooka TV di https://www.sookatv.com/. Unsur bahasa humor yang telah dikenal pasti penggunaanya dalam sitkom komedi adalah penggunaan bahasa kiasan, permainan kata, penggunaan pantun jenaka, cara bercerita dan mencarut. Bahasa humor yang digunakan lebih mengandungi makna implisit berbanding makna eksplisit. Makna implisit yang terkandung dalam bahasa humor ini juga bersifat metaforikal iaitu makna atau mesej yang cuba disampaikan oleh penutur (pelawak) itu mengkonsepsikan entiti yang abstrak dan implisit untuk menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks, rumit dan baharu. Antaranya konsep emosi, cinta, kasih sayang, kehidupan, kematian, sikap dan sifat manusia serta nilai murni.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Nor Umiumairah humairahmohamad19@gmail.com Rashidin, Rozaimah rozai451@uitm.edu.my Ahmad, Normah normah698@uitm.edu.my |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Style. Composition. Rhetoric |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
| Journal or Publication Title: | International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
| ISSN: | 2600-7266 |
| Volume: | 9 |
| Number: | 3 |
| Page Range: | pp. 77-99 |
| Keywords: | Bahasa humor, Makna implisit, Sitkom komedi, Teori hibrid, Metafora konseptual |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125567 |
