Abstract
Pada 26 Julai yang lalu, Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Kesayanganku, sebuah rumah kebajikan yang bertempat di Bukit Beruntung, Rawang. Rumah kebajikan ini dihuni oleh sejumlah anak-anak yatim, Asnaf, anak-anak kurang berkemampuan serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Program lawatan sempena meraikan Syawal ini yang disertai oleh 13 orang pegawai dan staf BCKK. Program lawatan ini adalah satu inisiatif serta usaha Corporate Social Responsibility di mana kutipan amal yang dikumpulkan oleh semua staf bahagian ini telah diserahkan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut bagi membantu meringankan perbelanjaan harian serta keperluan yang berkaitan. Semoga usaha murni sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang bagi meringankan beban serta membantu mereka yang memerlukan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125539 |
