Abstract
Perjuangan Encik Baharuddin Kahar di dalam bidang penulisan kreatif dan penerbitan karya kreatif telah bermula hampir separuh abad. Berbekalkan pengalaman sebagai guru Bahasa Melayu, beliau berpeluang mengasah bakat penulisannya. Sejak kecil, walaupun dibesarkan dalam serba kekurangan, beliau mendapat nikmat pembacaan melalui buku-buku daripada guru dan perpustakaan. Beliau mementingkan ketelitian dalam setiap karya, kerana bagi beliau, karya yang bagus memerlukan segala aspek seperti bahasa, latar, dan suasana yang boleh meningkatkan kualiti penulisan. Sasterawan Negara Usman Awang dijadikan pengaruh utama dalam penulisan sajak beliau. Sikap beliau yang mesra memudahkan penulis generasi baharu bertanyakan teknik penulisan. Keanggotaan beliau dalam persatuan penulis menjadikannya penghubung antara penulis generasi dahulu dan generasi seterusnya. Kebolehan dan kredibiliti beliau dalam bidang ini disokong dengan pelbagai penganugerahan sejak di awal penulisan. Encik Baharuddin Kahar merupakan seorang tokoh yang berpotensi menjadi karyawan negara sekaligus memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia, insya-Allah.
Metadata
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Eiderudin, Nuruljannah 2013480288 Hamzah, Nurzatul Shahira 2013442538 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Kamarudzzaman, Azura UNSPECIFIED |
| Subjects: | C Auxiliary Sciences of History > CT Biography D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history P Language and Literature > PN Literature (General) > Authorship. Authors Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Libraries. Bibliography |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Faculty of Information Management Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Keywords: | Bidang penulisan kreatif, Penerbitan karya kreatif, Sasterawan Negara Usman Awang, Penulis, Kebolehan, Kredibiliti, Karyawan negara |
| Date: | 2014 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125528 |
