Abstract
Pada 24 Oktober 2015 yang lepas, Unit Kesihatan UiTM Sarawak telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat, Ceramah dan Saringan Kesihatan untuk penduduk Kampung Jaya Ria, Serian. Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) ini bertujuan untuk memberi kesedaran kesihatan kepada penduduk Kampung Jaya Ria, Serian melalui ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Mohd Khairol bin Jambli, Pegawai perubatan, UiTM Sarawak. Program ini juga bertujuan untuk menjalin silaturrahim di kalangan staf Unit Kesihatan bersama penduduk kampung semasa aktiviti bergotong-royong dan menanam anak pokok yang dilakukan setelah sesi ceramah selesai. Di samping itu, staf Unit Kesihatan juga mengadakan saringan kesihatan percuma kepada penduduk kampung tersebut. Secara keseluruhannya, 47 orang penduduk kampung mengikuti saringan kesihatan yang dijalankan yang merangkumi 16 orang lelaki dan 31 orang perempuan.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abang, Mohammad UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
| Journal or Publication Title: | UiTM Sarawak Bulletin |
| ISSN: | 2232-1578 |
| Keywords: | kesihatan, penduduk kampung, ceramah |
| Date: | January 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125501 |
