Sumbangan kecil graduan UiTM tetapi besar maknanya untuk kelestarian alam sekitar.

Abdullah, Aidil Adha (2025) Sumbangan kecil graduan UiTM tetapi besar maknanya untuk kelestarian alam sekitar. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Mungkin tidak ramai yang mengenali dengan nama Mohd Radzi Ridzuan tetapi nama ini mempunyai peranan tersendiri terhadap alam sekitar dan pastinya salah seorang graduan ijazah sarjana yang membanggakan UiTM. Buat masa ini, Mohd Radzi sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Cameron Highlands dan memiliki lebih 12 tahun pengalaman profesional dalam bidang ini. Atas pengalaman yang dimiliki di samping niat murni dalam memastikan alam sekitar di negara ini terus terpelihara, Mohd Radzi terpanggil untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains Kejuruteraan Alam Sekitar UiTM. Ternyata niat murni tersebut terbalas selepas cemerlang menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dan ia akan digunakan sebaik mungkin buat beliau untuk menabur bakti khususnya di Cameron Highlands. Sebelum ini Mohd Radzi telahpun memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Malaya (UM) dan pemilihan UiTM sebagai institusi pengajian beliau di peringkat sarjana adalah berasaskan keyakinan terhadap reputasi serta kualiti lain di Malaysia. akademik yang setanding dengan universiti terkemuka Tambahan pula, apabila ditanya berkenaan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon yang disiarkan di media sebelum ini, Mohd Radzi yang berpengalaman selama lebih 12 tahun berpendapat inisiatif ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) global. Menurutnya, langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar, malah dapat meningkatkan daya saing ekonomi dan membuka peluang perdagangan antarabangsa bagi Malaysia. Akhir sekali, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan tenaga pakar dalam bidang “Minat saya semakin berkembang sepanjang pengajian selepas saya menjalankan kajian berkaitan pemantauan kualiti air di sekitar sungai di Selangor melalui Stesen Pemantauan Kualiti Air Automatik Sungai Selangor.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Aidil Adha
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: Warta 102, Konvokesyen edisi 6, Kelestarian alam sekitar.
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125492.pdf] Text
125492.pdf

Download (7MB)

ID Number

125492

Indexing

Statistic

Statistic details