Abstract
Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi berjaya membuktikan reputasinya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mampu melahirkan graduan berkualiti apabila tersenarai antara Universiti Pilihan Majikan 2025 oleh Talentbank. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa graduan UiTM diyakini memiliki kompetensi yang tinggi serta diterima baik dalam pasaran kerja. Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, dalam ucapannya menyifatkan pencapaian tersebut adalah bukti kejayaan, hasil usaha pihak UiTM dalam membina kolaborasi strategik bersama industri dan dunia global, sekali gus memperkukuhkan kebolehpasaran graduan. PENGIKTIRAFAN BERTERUSAN BUKTI KECEMERLANGAN UiTM “UiTM bertekad untuk terus melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global. Sehubungan itu, universiti telah melaksanakan pelbagai langkah strategik, termasuk penstrukturan tadbir urus serta pelbagai inisiatif globalisasi, bagi membuka ruang kepada pelajar menimba pengalaman di pentas antarabangsa”, ujar beliau dalam ucapannya semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat bkk@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen edisi 6, Pengiktirafan, kecemerlangan. |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125485 |
