Menepis stigma, mengukir sejarah.

Badrul Hisyam, Amni Harith (2025) Menepis stigma, mengukir sejarah. Bulletin. UiTM, Pejabat Komunikasi Strategik, Shah Alam.

Abstract

Masyarakat kita pada hari ini masih lagi mempunyai stigma bahawa penglibatan dalam e-sukan tidak mempunyai masa depan namun Khairul Azman Mohd Sharif atau lebih dikenali sebagai Pabz membuktikan Khairul Azman Mohd Sharif / Pabz ia mampu memberikan pulangan lumayan di samping mampu menamatkan pengajian di menara gading. Pabz merupakan seorang ikon yang terkenal di dalam arena e-sukan khususnya bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang berjaya menamatkan pelajarannya di dalam bidang kejuruteraan awam pada istiadat Konvokesyen edisi ke-102 Universiti Teknologi MARA, UiTM. Beliau juga merupakan antara jurulatih yang mempunyai rekod cemerlang di persaingan kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) dengan pernah menjuarainya sebanyak dua kali Bersama pasukan Team Haq dan juga pasukan Homebois. Ketika ditemu bual mengenai bagaimana beliau membahagikan masa beliau di antara kerjaya beliau sebagai jurulatih dan dunia pembelajaran beliau, Pabz menganggap ia bukanlah satu perkara yang mudah namun beliau dapat membahagikan masa dengan baik. “Tidak dinafikan penat, burn-out itu sememangnya akan ada sepanjang tempoh pembelajaran saya dan ketika saya memberi komitmen mengenai kerjaya saya, namun, saya menetapkan fokus yang sepenuhnya terhadap kelas dan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah, di samping saya sentiasa mengekalkan tahap komunikasi terbaik bersama pensyarah dan rakan sekelas saya sepanjang tempoh pembelajaran saya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Badrul Hisyam, Amni Harith
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: Warta 102, Konvokesyen edisi 4, E-sukan, Permainan Mobile Legends.
Date: September 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125483
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125483.pdf] Text
125483.pdf

Download (39MB)

ID Number

125483

Indexing

Statistic

Statistic details