Abstract
UiTM telah menjadi tuan rumah bagi persidangan mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU). Mesyuarat ini telah diadakan di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam pada 4 Ogos 2016. Turut berlangsung majlis makan malam yang telah diadakan pada 3 Ogos 2016 bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam. Mesyuarat MPLPU ini merupakan salah satu inisiatif pengerusi serta ahli MPLPU ke arah merancakkan lagi pembudayaan ilmu, terutamanya di peringkat pengajian tinggi. Selain itu, hasil positif daripada perkongsian idea, pendapat dan perbincangan tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi memperkasakan pendidikan tinggi negara. Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM berharap kesepakatan yang terjalin ini akan terus meningkatkan kemajuan sektor pengajian tinggi selaras dengan saranan pihak kementerian menerusi perlaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Journal or Publication Title: | salam@uitm |
| ISSN: | 2682-7794 |
| Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2016 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125478 |
