Abstract
Biarpun kadar kebolehpasaran graduan Kejuruteraan Mekanikal UiTM mencecah sehingga 96.2 peratus, namun graduannya dilihat berdepan dengan cabaran sebenar yang perlu ditangani kini iaitu menerima gaji yang setimpal dengan tenaga dan kepakaran mereka. Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM, Prof. Madya Ir. Dr. Azli Abd Razak, menegaskan bahawa isu gaji graduan yang tidak setimpal perlu diperjuangkan, setanding dengan usaha keras mereka menamatkan pengajian bertahun-tahun. “Seperti yang dimaklumkan oleh manamana media, isu yang paling besar adalah mendapat gaji yang bersesuaian. Ini yang kita usahakan kerana kita tidak mahu graduan kita yang bergraduan telah belajar bertungkuslumus selama empat tahun akhirnya tidak dapat gaji yang setimpal. Itu antara cabaran bagi pelajar kita buat masa kini untuk dapatkan gaji yang setimpal.
Metadata
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaini, Zaidatul Insyirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
| Keywords: | Warta 102, Konvokesyen edisi 4, Kualiti graduan kejuruteraan. |
| Date: | September 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125476 |
