Kemahiran Puan Zainab dalam mengembangkan seni tenunan songket warisan keluarganya

Zulkipli, Fatin Nur and Md Arifin, Noor Arina and Azeman, Nur Fatin Syawani and Nawawi, Eili Aida (2024) Kemahiran Puan Zainab dalam mengembangkan seni tenunan songket warisan keluarganya. Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM), 2 (1): 2. pp. 10-18. ISSN 29763967

Official URL: https://journal.academicapress.org/aps/index.php/j...

Identification Number (DOI): 10.64382

Abstract

Songket merupakan kehalusan hasil seni daripada tenunan Melayu yang diwariskan dari zaman nenek moyang lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun songket dapat dilihat melalui hasil pengolahan mereka dalam membuat pelbagai jenis corak untuk menghasilkan tenunan yang sangat menarik. Songket diperbuat daripada tenunan benang kapas atau sutera yang ditenun bersama dengan benang perak ataupun benang emas. Istilah “songket” ini pula dikatakan asal usulnya bermula daripada teknik pembuatan songket iaitu “menyongket” pada tenunan sutera. Pada suatu ketika dahulu, lambang kemewahan dan kemegahan dalam golongan kerabat diraja atau pembesar adalah kain tenunan songket. Kain songket amat terkenal dikalangan kerabat diraja untuk dipakai sewaktu menghadiri majlis di istana. Tetapi kini tidak lagi, songket telah diguna pakai oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat tanpa mengira darjat, keturunan dan pangkat. Songket biasanya dipakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan ataupun perayaan. Perniagaan songket juga semakin berkembang dan mendapat sambutan termasuklah dari negara luar. Kajian ini menumpukan mengenai temuramah yang dijalankan terhadap Tokoh Kraf Negara dan Tokoh Songket iaitu Puan Hajah Zainab @ Ngah bt Mamat. Beliau juga merupakan perusaha Galeri Terengganu Songket yang terletak di Negeri Terengganu. Songket beliau bermutu tinggi sehingga menjadi tarikan kerabat istana untuk menempah songket dengan beliau bagi digayakan semasa upacara tertentu di istana. Selain itu, Puan Hajah Zainab juga pernah menghasilkan beberapa helai kain songket yang menarik dan cantik untuk dipakai oleh pasangan pengantin diraja Brunei.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkipli, Fatin Nur
fatinnurzul@uitm.edu.my
Md Arifin, Noor Arina
arina848@uitm.edu.my
Azeman, Nur Fatin Syawani
nurfatinsyawani@gmail.com
Nawawi, Eili Aida
eiliaida@gmail.com
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Textile decoration. Textile painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management
Journal or Publication Title: Jurnal Kajian Lisan Malaysia (JKLM)
ISSN: 29763967
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 10-18
Related URLs:
Keywords: Study, Songket (textile fabrics), Terengganu
Date: 7 May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125413
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125413.pdf] Text
125413.pdf

Download (713kB)

ID Number

125413

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details