MoU antara Accounting Research Institute (ARI) UiTM, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Mydin Holding Berhad

UiTM, Korporat UiTM (2016) MoU antara Accounting Research Institute (ARI) UiTM, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Mydin Holding Berhad. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Kerjasama yang hebat daripada Accounting Research Institute (ARI UiTM), Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan Mydin Holding Berhad telah membuahkan hasil dan kejayaan dalam pelaksanaan Program Transformasi Jahitan yang telah dilaksanakan di Terengganu, iaitu di Paka dan Kuala Terengganu. Perjanjian ini terjalin semula pada 17 Mac 2016 atas kesinambungan daripada perjanjian memorandum Jun 2015 yang menunjukkan hasil yang baik melalui program PTJ. Tujuan perjanjian persefahaman memorandum ini adalah sebagai platform khususnya kepada golongan miskin yang mempuny ai bakat dan kemahiran untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Penglibatan pihak ARI bersama gabungan AIM dan Mydin menerusi perjanjian MoU ini telah merancakkan lagi industri perniagaan dan diharapkan mampu melahirkan usahawan baharu bagi generasi akan datang, di samping meningkatkan taraf sosioekonomi dan kesejahteraan hidup mereka. Penglibatan ke bawah DYMM Baginda Tuanku Sultan Mizan dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama golongan raky at melalui penubuhan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) juga merupakan satu usaha yang murni sebagai tanda sokongan beliau terhadap program ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@uitm
ISSN: 2682-7794
Keywords: salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125128
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125128.pdf] Text
125128.pdf

Download (332kB)

ID Number

125128

Indexing

Statistic

Statistic details