Abstract
Pada 20 Januari 2016, telah berlangsung Majlis Persaraan Bendahari UiTM iaitu En. Sanip Wahid. Majlis dianjurkan oleh Pejabat Bendahari ini bertujuan untuk meraikan perkhidmatan terakhir En. Sanip di UiTM tercinta. En. Sanip merupakan Bendahari UITM selama 10 tahun bermula tahun 2004. Sumbangan beliau pada transformasi perkhidmatan pejabat bendahari khususnya sangat membanggakan dan tidak ternilai. Perkhidmatan beliau bermula sebagai Penolong Bendahari pada 1 Januari 1982. Sejak itu, beliau tidak pemah menoleh ke belakang dan sentiasa terus mencurahkan bakti beliau pada UiTM. En Sanip berasal dari Semerah, Johor. Memperoleh Sarjana Perakaunan dari Curtin University of Technology, Australia, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Perakaunan dari UiTM. Sepanjang perkhidmatan beliau, Pejabat Bendahari telah banyak menerima penghargaan dan anugerah dari pelbagai agensi. Sesungguhnya, legasi kecemerlangan ini perlu diteruskan oleh semua warga Pejabat Bendahari khasnya demi memastikan kelangsungan kualiti perkhidmatan yang diberikan mencapai aspirasi universiti. Buat En. Sanip, setinggi-tinggi ucapan terima kasih diberikan atas komitmen dan kesetiaan kepada universiti keramat ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | salam@uitm |
ISSN: | 2682-7794 |
Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125064 |