Lawatan ke FSPU (UiTM): lawatan para pelajar dan pensyarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Universitas Diponegoro, Semarang Indonesia ke Kompleks Alam Bina FSPU UiTM Kampus Puncak Alam

UiTM, Korporat UiTM (2016) Lawatan ke FSPU (UiTM): lawatan para pelajar dan pensyarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Universitas Diponegoro, Semarang Indonesia ke Kompleks Alam Bina FSPU UiTM Kampus Puncak Alam. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Pada 21hb. April 2016 seramai 4 orang pensyarah dan 128 pelajar-pelajar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Univeisitas Diponegoro (UNDIP) Semarang, Jawa Indonesia telah berkunjung ke FSPU Kompleks Alam Bina UiTM Puncak Alam. Dekan Prof. Madya Dr. Masran Saruwono telah hadir untuk memberi taklimat ringkas mengenai FSPU kepada para pengunjung. Pelajar dari UNDIP telah melawat studio dan galeri di Kompleks Alam Bina dan kemudian mempersembahkan kajian ringkas hasil daripada lawatan mereka ke Kg. Peruas di Raub Pahang. Turut hadir adalah para pelajar dan pensyarah dari program ljazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, FSPU, UiTM (AP221). Para pelajar dari Semester 05 Program AP221 juga telah mempamerkan hasil kajian mengenai penglibatan komuniti kepada para pengunjung. Pada majlis tersebut Koordinator dari Pusat Pengajian Siswazah FSPU, dan wakil dari Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa UiTM telah memberi taklimat mengenai peluang menjalankan pengajian pasca siswazah manakala wakil perancang bandar professional dari Malaysian Institute of Planneis telah memberi taklimat kepada para pengunjung mengenai profesion Perancangan Bandar di Malaysia. Pada akhir program para pelajar dari UNDIP telah membuat persembahan kebudayaan yang unik iaitu Tarian Saman yang berasal dari Aceh, Indonesia. Semoga lawatan ini mengukuhkan lagi silaturahim di antara para pelajar dan pensyarah dan memberi peluang untuk ke dua-dua pihak untuk menjalinkan hubungan akademik yang lebih mantap di masa akan datang.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@uitm
ISSN: 2682-7794
Keywords: salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125059
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 125059.pdf] Text
125059.pdf

Download (366kB)

ID Number

125059

Indexing

Statistic

Statistic details