Abstract
Pada 29 hingga 30 Mac yang lalu sekali lagi diadakan Taklimat dan Mesyuarat bersama Koordinator Korporat Seluruh Sistem Universiti Teknologi MARA bagi tahun 2016. Program anjuran Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat ini berjaya menghimpunkan koordinator-koordinator korporat bagi semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) seluruh sistem UiTM. Antara pengisian pengetahuan adalah berkaitan pengurusan acara, pemerkasaan imej dan identiti korporat, protokol dan etiket sosial, penulisan rencana Bahasa Inggeris, pengurusan aduan dan maklumbalas pelanggan, pengurusan media sosial universiti, strategi publisiti pegawai perhubungan awam universiti serta penulisan rasmi. Turut mengisi slot program tersebut adalah pembentangan Road Map Universiti 2016 bagi memberi gambaran secara langsung, berkenaan misi dan hala tuju universiti bagi tahun ini serta Laporan Pencapaian UiTM Kampus Cawangan 2015.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | salam@uitm |
ISSN: | 2682-7794 |
Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125043 |