Abstract
Majlis sua santai alumni bersama Naib Canselor telah berlangsung pada 7 Mei 2015. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Strategik Kebolehpasaran Pelajar & Alumni dari Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (ICAN) ini diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Objektif penganjuran program sua santai Naib Canselor bersama alumni adalah untuk memperkasakan ekosistem jaringan UiTM dengan alumni ke arah kesepakatan, kerjasama dan perkongsian kejayaan. Di samping memberikan fokus keterampilan dalam bidang tujahan yang berkaitan keusahawanan bagi mendukung usaha universiti memartabatkan graduan yang holistik melalui komunikasi pintar. Objektif program pada dasarnya, berjaya dicapai dengan kehadiran pelbagai lapisan batch' alumni yang ditempatkan dalam kelompok berdasarkan fakulti agar mereka saling berinteraksi di samping berkolaborasi Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Emeritus Dato' Dr. Hassan Said dan diserikan dengan kehadiran Dato' Zaini Hassan, Presiden Persatuan Alumni UiTM. Seramai 635 alumni mewakili Persatuan Alumni (PAUiTM), chapters kampus dan fakulti seluruh Malaysia telah hadir memeriahkan majlis yang bertemakan 'Santai Berinformasi".
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | salam@uitm |
ISSN: | 2682-7794 |
Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125038 |