Abstract
Jom Cergas Bersama Naib Canselor merupakan satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dengan kerjasama Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat, Pejabat Pendaftar, Pusat kesihatan, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Polis Bantuan dan Pengetua-pengetua Kolej Kediaman. Program ini bertujuan untuk melahirkan warga UiTM yang cergas dan sihat serta menggalakkan bukan sahaja para pelajar, malahan staf di UiTM untuk bergiat lebih aktif dan melibatkan diri dalam kegiatan sukan di kampus. Kegiatan sukan mampu membentuk jati diri dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dan staf. Selain memberi dorongan untuk bersukan, kadar kos perubatan juga dapat dikuran gkan jika pelajar dan staf menjalankan aktivitisukan untuk kebaikan dan kecerdasan diri. Program ini telah disokong oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan bin Said turut sama menyertai aktiviti bersama pelajar dan staf sebagai tanda sokongan. Program ini melibatkan semua warga kampus UiTM termasuk penghuni kolej. Seramai 896 orang termasuk pelajar dan staf telah mengambil bahagian program Jom Cergas Bersama Naib Canselor iniyang berlangsung pada 6 Mei 2016 lalu bertempat di Kompleks Sukan beserta sekitar UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | salam@uitm |
ISSN: | 2682-7794 |
Keywords: | salam@uitm, eBuletin, Korporat UiTM, Kampus Shah Alam |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/125037 |